Selasa, 14 Ogos 2018

Awal Ashari tutup ruang komen Instagram

 
Awal Ashari berbuat demikian kerana tidak tahan dengan perangai sesetengah netizen yang bersifat menghakimi dan mengutuk.






Berang dan kecewa dengan perangai sesetengah netizen yang suka mengutuk, pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashari menutup ruang komen di laman Instagram.

“Saya menutup ruang komen foto-foto KLFW hanya kerana tidak mahu memberi peluang kepada sesetengah orang untuk berseronok dengan kutukan, cacian, bercakap yang bukan-bukan dan membenci.

“Anda boleh guna platform lain milik anda. Terima kasih dan semoga hari anda indah,” tulis Awal dalam Instastorynya sebentar tadi.

Awal juga didapati memuat naik beberapa gambar foto Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang diadakan di Pavilion sepanjang minggu lepas.

Awal menghadiri majlis pertunjukkan fesyen bersama isterinya, Scha dan rakan-rakan artis yang lain.
Baru-baru ini penyanyi dan pelakon, Nabila Huda dikecam teruk oleh netizen selepas mengenakan pakaian seksi ke majlis KLFW.

Ramai artis tampil melindungi Nabila selepas netizen mengutuk penampilan pelakon Munafik bertema era 50-an, yang dilihat memakai scarf tetapi dress dengan belahan sehingga menampakkan paha

Tiada ulasan: