Selasa, 14 Ogos 2018

Dr M: 1 sistem untuk hapuskan monopoli ejen pekerja asing

 
Kerajaan mahu memperkenalkan sistem tunggal untuk semua ejen di semua negara sumber.
 
 
 



KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu memperkenalkan sistem tunggal pendaftaran pekerja asing untuk semua ejen di semua negara sumber bagi memecahkan monopoli yang wujud akibat pengasingan mengikut negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengasingan mengikut negara hanya membenarkan sekumpulan kecil ejen memproses dokumen perjalanan pekerja asing ke Malaysia, keadaan yang membolehkan mereka mengenakan bayaran tinggi sehingga RM20,000 seorang.

“Kita hendak meluaskan kepada semua ejen supaya mereka dapat bersaing. Kita akan wujudkan sistem tunggal tanpa pengasingan mengikut negara. Semua akan menggunakan sistem sama,” katanya di Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Senario dan Pengurusan Pekerja Asing hari ini.
 
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata kerajaan mahu merombak sistem pengambilan pekerja asing yang dilihat mewujudkan monopoli pihak ketiga.

Sementara itu, perdana menteri berkata satu jawatankuasa bersama melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia akan diwujudkan bagi merangka dasar-dasar baharu mengenai pengambilan pekerja asing.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: