GEORGETOWN: Bantuan khas sebanyak RM500 diumumkan kerajaan negeri Pulau
Pinang hari ini kepada mangsa yang terlibat dalam bencana banjir.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata bantuan khas itu membabitkan
peruntukan sebanyak RM50 juta akan disalurkan kepada sekurang-kurangnya
100,000 isi rumah yang terjejas akibat banjir.
"Bantuan secara 'one-off' itu akan diberikan kepada mangsa banjir,
tanpa dicampur dengan wang derma yang disumbangkan oleh orang awam,
badan berkanun atau pihak lain.
"Jika ada sumbangan yang ingin disampaikan lagi, boleh lah dialamatkan
kepada Pegawai Kewangan negeri atau Bendahari," katanya semasa
menyampaikan ucapan khas di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini,
hari ini.
Guan Eng berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) juga akan
mengecualikan surcaj konvergensi bagi satu kitaran, kepada semua
pengguna selama dua bulan.
"Selain itu, PBAPP turut bersetuju untuk memberikan diskaun bil
sebanyak 50 peratus kepada pengguna domestik dan 25 peratus kepada
pengguna komersial selama dua bulan," katanya seperti yang dipetik BH
Online.
Kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga akan memberikan diskaun
cukai pintu sebanyak 10 peratus kepada semua jenis hartanah di Pulau
Pinang.
Potongan cukai pintu itu akan membantu rakyat Pulau Pinang berjimat sebanyak RM40 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan