shahbudindotcom
Semakin
dekat tarikh piliharaya, Najib Razak dilihat semakin tak keruan dan
gagal menahan dirinya daripada berkelakuan yang sewajarnya sebagai
seorang Perdana Menteri.
Tingkah
terbarunya dengan mengungkapkan perkataan "kepala bapak kau" dan
"bodoh" adalah kemuncak manifestasi kegagalan dan tidak tahan terhadap
cabaran yang dihadapi.
Dua ungkapan tersebut menyusul perkaraan "haramjadah", "bangang" dan "bangsat" yang pernah diucapkannya sebelum ini.
Semua
Perdana Menteri sebelum ada cabaran masing-masing, tetapi tidak pernah
kita dengar ada sampai mencarut, memaki dan mengeluarkan
perkataan-perkataan yang kasar dan tidak sepatutnya seperti Najib ini.
Selepas
ini, tentunya kerana semakin diserang dan diasak oleh Tun Mahathir
serta Pakatan Harapan dan kepala Najib akan bertambah bengang kerananya,
barangkali lebih banyak lagi perkataan berunsur makian dan carutan yang
akan terkeluar daripada mulutnya.
Maka,
jika itu berlaku, bukan saja menambah-burukkan lagi imejnya di mata
umum serta memungkinkan beliau lebih mudah ditewaskan oleh Tun Mahathir,
malah yang lebih sengsara ialah menyukarkan laskar-laskar maya pro
UMNO untuk mempertahankannya.
Bagaimanakah
seorang Perdana Menteri boleh dan mampu dipertahankan di media sosial
dan kepada makcik-makcik Felda jika perkataan "kepala bapak kau",
"bodoh", "haramjadah", "bangang", "bangsat" dan lain-lain sudah menjadi
mainan di bibirnya setiap hari?
Tidak
mustahil, kiranya dibekalkan dedak tambahan dan ditemani gajet
secanggih Iphone X pun mereka tetap menghadapi kesukaran memerah otak
mengeluarkan idea-idea bernas, melainkan menjadi "anak murid yang
kencing berlari" juga iaitu turut menjadikan bahasa lucah, mencarut dan
memaki sebagai mainan seharian serta sandaran mempertahankan kuasa.
Hakikatnya,
tingkah laku seorang Perdana Menteri yang buruk perangainya akan
melahirkan pengikut dan laskar maya yang sama atau lebih buruk
perangainya.
Kenapa
pengikut dan pejuang maya pro Tun Mahathir dan Pakatan Harapan begitu
bersopan dan konsisten dengan fakta serta budi bahasa yang tinggi dalam
perjuangan mereka?
Jawapannya
tidak lain adalah kerana pemimpin-pemimpin di atas sana telah terlebih
dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk dicontoh oleh semua peringkat
bawahannya.
Najib,
dalam keadaan berterusan tak keruan dan gagal menahan diri itu
sebenarnya sudah tidak layak lagi untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
Beliau
lebih baik mengundurkan diri dan menyerahkan saja jawatan kepada
timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang walaupun banyak kekurangan dan
ketidaklayakan di sana sini, tetapi tentunya sudah lama berangan-angan
serta mengidam untuk menjadi Perdana Menteri.
Tetapi,
sekiranya Zahid Hamidi tidak begitu boleh dipercayai, manalah tahu bila
dapat kuasa nanti beliau boleh mengarahkan siasatan atas skandal 1MDB
misalnya, demi untuk mendapatkan populariti dan sokongan rakyat secara
mendadak, Najib boleh juga menyerahkan jawatannya kepada Hishammuddin
Hussein, sepupunya sendiri.
Sebagai
sepupu dan ada hubungan darah daging, Hishammuddin tentu saja akan cuba
sedaya upaya melindungi dan mempertahankan Najib selagi kuasa ada dalam
genggamannya.
Lagi
pula, tiada yang peliknya menyerahkan kuasa kepada sepupu sendiri
kerana ketika Tun Razak jadi Perdana Menteri dulu pun, timbalan dan
penggantinya adalah birasnya sendiri iaitu Tun Hussein Onn.
Dulu biras, kini sepupu....okaylah tuu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan