Khamis, 9 November 2017

Johor Bahru dilanda banjir kilat

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Hujan lebat lebih sejam sejak jam 3.30 petang tadi, mengakibatkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata antara kawasan terjejas ialah Kampung Maju Jaya, Kampung Laut Skudai, Jalan Skudai (berhampiran Skudai Parade), Kampung Paya Kenangan dan Kampung Kangkar Tebrau.
 
Katanya, hujan lebat secara berterusan dengan taburan hujan yang banyak antara punca berlaku banjir kilat.
 
"Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kekuatan seorang pegawai dan lapan anggota serta satu jentera dikerahkan ke kawasan kejadian bagi memantau kejadian banjir berkenaan.
 
"Bagaimanapun, buat masa ini tiada pusat pemindahan dibuka kerana air mula surut di kawasan terbabit," katanya yang dipetik BH Online.
 
 

Tiada ulasan: