Isnin, 13 November 2017

Dua maut kereta dihimpit lori treler

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
LAHAD DATU: Dua maut selepas sebuah kereta Perodua Alza dihimpit lori treler dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Segama, di sini.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa membabitkan seorang pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita maut akibat tersepit.
 
Dua mangsa terbabit yang identiti mereka belum dikenal pasti menaiki Perodua Alza dan dikatakan dalam perjalanan ke arah Kota Kinabalu, manakala lori treler dari arah bertentangan.
 
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata bomba menerima panggilan pada jam 11.47 pagi dan menghantar enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu bersama sebuah jentera.
 
Katanya, mangsa pertama iaitu pemandu hanya dapat dikeluarkan pada jam 1.40 tengah hari, disusuli mangsa wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan pada jam 2 petang.
 
"Anggota bomba terpaksa menunggu lori treler dialihkan, sebelum boleh mengeluarkan dua mangsa yang tersepit," katanya.
 
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
 
 
 

Tiada ulasan: