SHAH ALAM: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global
Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad yakin dirinya tidak
bersalah dalam kemelut yang membelenggu syarikat itu.
Zakaria dalam pada itu akan mendapatkan khidmat peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah untuk mempertahankan dirinya.
FGV kini berdepan dengan kemelut yang menyaksikan empat pegawai kanan
agensi perladangan itu, termasuk Zakaria, diarahkan bercuti berkuat
kuasa serta merta, dua minggu lalu.
Arahan bercuti itu dikatakan bagi memberi laluan audit dalaman
dijalankan bagi menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada
Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
“Saya akan mematuhi cadangan yang akan dikeluarkan oleh Datuk Seri
Idris Jala. Berkaitan dengan siasatan dalam yang diusahakan oleh Tan Sri
Mohd. Isa Abdul Samad, saya yakin saya akan dibuktikan tidak bersalah.
“Saya telah menghubungi Muhammad Shafee untuk mewakili saya bagi berdepan perkara ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Zakaria dalam pada itu mengucapkan tahniah atas lantikan Tan Sri
Sulaiman Mahboob sebagai pemangku Pengerusi FGV sebagaimana diumumkan
pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan