Keputusan Pakatan Harapan menolak carta organisasi yang dicadangkan PPBM baru-baru ini adalah kerana majoriti pimpinan dari PKR, Amanah dan DAP berpandangan Tun Mahathir tidak cukup sihat untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan seterusnya menjadi antara calon Perdana Menteri selepas kita menang dalam PRU14 nanti.
Bukan kerana tidak berkelayakan.
Sekalipun kita faham Tun Mahathir ada banyak isu, skandal yang melingkarinya sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri dulu, tapi semua itu sudah dimaafkan penyokong Pakatan Harapan sebaik beliau membuat keputusan menubuhkan parti baru dan menyertai kita.
Justeru, itu bukan isunya sebaliknya keadaan kesihatan Tun itulah yang menjadi halangan kepada beliau untuk dilantik semula – menurut sumber yang membocorkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat lepas.
Lihat sahaja keadaan kesihatan Tun selepas balik dari Jepun baru baru ini. Difahamkan beliau berada dalam keadaan tidak sihat dan dinasihat doktor untuk berada di rumah. Bagaimana kalau dah jadi Perdana Menteri semula nanti?
Perkara ini secara dasarnya turut dipersetujui Tan Sri Muhyiddin sendiri yang turut berada dalam mesyuarat tersebut. Tun atau siapa yang cuba mempersoalkannya boleh bertanya sendiri kepada Tan Sri Muhyiddin untuk mendapatkan pengesahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan