Jumaat, 16 Jun 2017

Cukai Pelancongan: Golongan Berpendapatan Rendah Makin Sukar Menginap Di Hotel

Suara Kebenaran



Cukai pelancongan yang diperkenalkan Menteri Nazri Aziz dan bakal dilaksanakan bulan depan ternyata membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.  Caj antara RM 2.50 hingga RM 20 sebilik ini ternyata membebankan mereka yang sudah dihimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

Sekarang ini, nak menginap di Hotel pun agak mustahil nampaknya.  Sudahlah hotel gemar menaikkan harga terutama pada musim cuti, tambah kepada cukai baru ini (disamping GST) terus meningkatkan kos untuk melancong.

Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Harapan seharusnya menolak perlaksanaan cukai pelancongan ini – seperti mana keputusan yang diambil Sarawak dan Sabah.

Dalam masa yang sama, timbul juga persoalan tentang kewujudan cukai-cukai pelancongan yang berbeza nama dan kadar di setiap negeri.  Apakah cukai-cukai ini juga masih dikekalkan atau semuanya akan diganti dengan cukai pelancongan yang diperkenal kerajaan persekutuan?

Jika ya, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bakal berhadapan dnegan kehilangan hasil yang banyak seperti Penang yang sebelum ini memperkenalkan cukai katil, Melaka (cukai warisan) dan beberapa negeri yang lain lagi.

Tiada ulasan: