Ahad, 4 Jun 2017

Tun M Bakal PM: Wan Azizah Enggan Ulas, Sifatkan Tak Masuk Akal

Suara Kebenaran




Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Sri Wan Azizah Ismail yang ditemui pemberita sebentar tadi, enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Tun Mahathir yang mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi semalam.

Menurut pembantu peribadi beliau, Wan Azizah enggan mengulas kerana tidak mendengar sendiri kenyataan tersebut selain menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Tun Mahathir sudah terlalu berusia untuk dilantik ke jawatan yang pernah dipegangnya selama 22 tahun, tambah pembantuperibadi berkenaan yang mungkin mendengar sendiri dari Wan Azizah.

Sumber dalam Pakatan Harapan bagaimanapun mengesahkan, mereka tidak akan membuat sebarang kenyataan balas berhubung dengan isu ini kerana menyifatkannya sebagai komen peribadi Tun Mahathir semata-mata.  Soal siapa bakal menjadi Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan menang dalam PRU14, akan hanya diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan, bukan Tun Mahathir.

Adalah sebaiknya Tun Mahathir mengelak dari membincangkan perkara ini secara terbuka kerana boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat selain tidak mahu UMNO mengambil kesempatan dengan mempolitikkannya.

Tiada ulasan: