Rabu, 14 Jun 2017

Saya Menyesal Sertai BERSATU – Exco ARMADA

Rafa Azmir

Saya menyesal


KUALA LUMPUR: Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kerja  Muhammad Hafiz Azhar telah melahirkan rasa kesal kerana telah menyertai parti politik yang baru ditubuhkan.

Hafiz akan berdepan jawatankuasa disiplin parti selepas secara mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengenai dua pemimpin kanan PPBM agar meletakkan jawatan.

Dalam sidang akhbar semalam beliau sangat kecewa dengan PPBM.

“Saya kecewa kerana saya salah memilih perjuangan,” katanya.

Hafiz kini dalam perhatian media setelah mengeluarkan kenyataan meminta Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan mengenai kekayaan yang dimiliki oleh keluarga beliau. Hafiz juga menggesa presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan sulit luar nikah.

Hafiz memberi alasan bahawa beliau hanya menyampaikan hasrat daripada akar umbi.


Tiada ulasan: