GEORGE TOWN: Remaja yang dipukul sekumpulan lelaki sehingga koma minggu
lalu, T Nhaveen, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang petang
Khamis.
Nhaveen, 18, yang diisyhtihar 'mati otak' dan hanya dibantu alat
pernafasan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5.30 petang.
Berita kematian remaja itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut,
Asisten Komisioner Anuar Omar dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Katanya tiga remaja berusia 18 hingga 19 tahun yang tamat reman esok
akan direman semula, manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima juga
akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu
siasatan kes tersebut.
Keluarga Nhaveen setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Dalam kejadian awal pagi Sabtu minggu lalu, Nhaveen dan rakannya, T
Previin yang selesai menjamu selera di gerai burger, dipukul sekumpulan
remaja lelaki yang juga bekas rakan sekolahnya di Jalan Kaki Bukit,
Gelugor.
Difahamkan, pergaduhan bermula selepas dua remaja lelaki bertindak mengusik Nhaveen, dan kemudian dipertahankan Previin.
Tidak berpuas hati, dua remaja berkenaan membuat panggilan telefon dan
kemudian lebih ramai yang datang dengan menaiki motosikal. Mereka
kemudian mula memukul Nhaveen dan Preevin dengan topi keledar.
Bagaimanapun Previin yang turut dipukul, berjaya melarikan diri dan memberitahu keluarga mangsa.
Nhaveen yang ditemui tidak sedarkan diri, dihantar ke Hospital Pulau Pinang.
Hasil pemeriksaan, Nhaveen mengalami kecederaan parah di kepala dan luka di bahagian kemaluan yang berdarah.
Doktor juga memaklumkan, terdapat bukti kesan tembus pada dubur Nhaveen
dan juga kecederaan pada kemaluan dan kesan lecur di bahagian belakang
badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan