SHAH ALAM: PAS Sarawak sudah menyenarai pendek calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pujut.
Ketua Penerangannya, Mohammad Afiq Mhd Khazar berkata, calon yang
disenarai pendek itu termasuk bukan Islam dari kelab penyokong parti.
"Kita (PAS Sarawak) mahu menawarkan calon terbaik untuk PRK Pujut dan
jentera pilihan raya kita sudah bersedia untuk menghadapinya.
"Jika pimpinan pusat membuat keputusan untuk bertanding, kami sudah ada
calon untuk ditampilkan," katanya dipetik Berita Harian Online.
Mengenai peluang mereka di kerusi majoriti pengundi Cina itu, Afiq
berkata, parti itu yakin mampu memberi cabaran walaupun mereka mendapat
kurang daripada 500 undi pada PRN-11.
"PRN-11 tahun lalu pertama kami bertanding di kerusi majoriti Cina di
Pujut. Walaupun kita meletakkan calon Melayu, PAS mampu mendapat undi
yang menggalakkan.
"Kini terdapat perkembangan baharu dalam masyarakat Cina di Pujut
apabila ramai yang sudah bosan dengan DAP dan mungkin mempunyai sentimen
yang sama terhadap BN," katanya.
Pada PRN lalu, PAS mempertaruhkan Pesuruhjaya Sarawak, Jofri Jaraiee untuk bertanding di kerusi tersebut.
Jofri memperoleh 413 undi dalam saingan empat penjuru, dan tewas di
tangan calon DAP Dr Ting Tiong Choon, yang mendapat 8,899 undi dan
memenangi kerusi itu.
PRK DUN Pujut diadakan susulan keputusan sidang DUN Sarawak pada Mei
lalu yang sebulat suara bersetuju melucutkan keanggotaan Dr Ting sebagai
ADUN kawasan itu selepas beliau didakwa turut memiliki kewarganegaraan
Australia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan