MALAYSIAN DIGEST
KUALA LUMPUR:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menyerahkan memorandum
bagi mendesak Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan
Sri Isa Samad meletakkan jawatan.
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Wan Mohd Shahir Wan
Abd Jalil berkata, desakan itu ekoran prestasi Isa yang dilihat gagal
menguruskan syarikat perladangan tersebut dengan baik.
"Kerugian
FGV sebanyak lebih kurang RM13.4 bilion sejak 2012 sudah cukup untuk Tan
Sri mengundurkan diri kerana gagal menguruskan FGV dan Felda dengan
baik," katanya.
Selain PPBM, memorandum itu turut digerakkan
sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan Peneroka Rakyat
Malaysia (PENEROKA).
Ia diserahkan kepada Pengurus Besar Komunikasi Korporat FGV Arif Ahmad Yeop.
sebelum
ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, Datuk Dr Puad Zarkashi turut membuat gesaan serupa,
namun Isa menyifatkannya sebagai 'tiada keperluan' kerana dirinya tidak
bersalah.
Kemelut tercetus selepas FGV mengarahkan empat
pengurusan kanannya bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan
dalaman dijalankan berhubung dakwaan salah laku urus niaga syarikat.
Ia berkaitan tunggakan bayaran syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Product Sdn Bhd.
Empat
mereka adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk
Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha;
Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus
Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Abd Karim.
Susulan
itu, kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala selaku orang tengah yang
akan berperanan sebagai pihak bebas bagi menyusun serta menyediakan
fakta mengenai arahan bercuti terhadap empat pengurusan kanan itu, dan
seterusnya memberi cadangan kepada FGV berhubung perkara tersebut.- Antarapos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan