Selasa, 13 Jun 2017

Pergaduhan Antara Nazri & Karim Untuk Alih Perhatian Rakyat Dari FGVH

Suara Kebenaran



Pergaduhan antara Menteri Pelancongan persekutuan, Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan Sarawak, Abd Karim Rahman Hamzah berkenaan cukai  pelancongan seperti yang diperbesarkan sekarang ini, sebenarnya tidak lebih dari diversion BN kepada isu yang hangat yang menghambat pentadbiran kerajaan persekutuan sekarang, FGVH.

Buktinya, kajian yang dijalan Invoke mendapati, tiada siapa dikalangan rakyat hari ini yang bercakap tentang FGVH lagi, semuanya sibuk membincangkan serangan Nazri ke atas Karim yang menyakitkan hati bukan sahaja rakyat Sarawak, malah semua rakyat Malaysia.

Justeru, rakyat diminta tidak begitu mengambil perhatian kepada perbalahan antara 2 ekor ini, sebaliknya menumpukan terus kepada kemelut yang berlaku dalam FGVH kerana ia melibatkan wang rakyat yang bukan sedikit, disamping kesan yang diterima oleh peneroka.

Media melaporkan, FGVH sudah kehilangan berbelas billion ringgit dalam bentuk capital cap di pasaran saham dan ini sudah tentu menjejaskan peneroka dan rakyat dari banyak segi.

Najib sudah tentu akan mencari pelbagai cara bagi mengelakkan rakyat terus berbicara tentang isu tersebut dan dia juga tahu Nazri boleh diibaratkan seperti anjing yang setia kepada tuannya dan akan melakukan apa juga yang diarahkan.

Tiada ulasan: