KUALA LUMPUR: Parti Harapan Malaysia (PHM) hari ini menghantar surat
kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Datuk
Mohammad Razin Abdullah memohon supaya kelulusan pendaftaran parti
berkenaan dipercepatkan.
Timbalan presiden jawatankuasa penajanya, Johari Musa berkata,
permohonan untuk mendaftarkan PHM dihantar pada 10 Disember 2015 dan
pada 6 Mac tahun lepas pihaknya membayar wang pendaftaran atas nama
Parti Harapan Malaysia.
"Sejak 6 Mac, kami tidak menerima apa-apa berita dari pihak ROS dan
semakan terakhir beberapa bulan lalu mendapati status parti ini adalah
menunggu kelulusan,"katanya kepada pemberita selepas menghantar surat
berkenaan kepada RoS di Putrajaya.
Beliau berkata PHM ingin menyertai pilihan raya umum yang akan datang
dengan bergerak secara sah di sisi undang-undang pertubuhan.
Menurutnya, lebih 40,000 individu dari seluruh negara berhasrat menyertai parti itu.
Johari turut mengingatkan pakatan pembangkang yang menggunakan nama
Pakatan Harapan bahawa PHM sudah menghantar permohonan untuk
mendaftarkan nama 'Parti Harapan Malaysia' sejak 2015 ketika pakatan
pembangkang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan