OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM: Negeri lain yang memerlukan perhatian permasalahan
perumahan diabaikan akibat keghairahan Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar ingin menawan
Selangor.
Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor, Ab Aziz Abdullah mendakwa,
Tan Sri Noh Omar hanya memberi tumpuan kepada Selangor walaupun Kerajaan
Negeri mempunyai program perumahan komprehensif.
Katanya, negeri lain juga perlu diberikan perhatian kerana terdapat masalah perumahan kronik.
“Janganlah akibat keghairahan untuk menawan Selangor, maka negeri lain menjadi korban.
“Menteri
dan kementerian mesti sedar bahawa negeri lain juga perlu disalurkan
peruntukan khas.
Bagaimanapun, kami mendapat maklumat terlalu banyak
dijanjikan menteri untuk Selangor sahaja,” katanya dalam kenyataan yang
dikongsikan dalam laman facebook Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Kehidupan Bandar Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad.
Aziz berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang
bertanggungjawab, pihaknya melakukan turun padang ke sebuah rumah pangsa
di Johor untuk membuktikan terdapat masalah serius yang perlu diberi
perhatian oleh menteri.
“Rumah pangsa itu adalah Taman Megah Ria di Pasar Gudang yang
terdapat 17 blok. Keadaannya amat menyedihkan dengan sampah bertimbun di
dalam dan luar bangunan kerana pengurusan yang lemah,” katanya.
Oleh itu, Aziz menggesa Noh untuk turut memberi tumpuan kepada negeri lain.
“Sejak beliau dilantik sebagai menteri, Noh menumpukan masa dan
perhatian beliau kepada Selangor hingga negeri lain terabai. Sedangkan
negeri lain turut menghadapi masalah perumahan seperti kegagalan
menguruskan rumah pangsa contohnya di Johor,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan