shahbudindotcom
Kata
mereka yang ragu, Pakatan Harapan tidak boleh dipilih sebagai kerajaan
kerana tiada parti yang dominan dan tidak tahu siapa ketua dalam
gabungan itu.
Juga
kata yang ragu, Pakatan Harapan tidak boleh jadi kerajaan yang baik
kerana mereka selalu berbalah dan sukar mencapai kata sepakat, waima
dalam perkara yang mudah.
Lagi
kata yang ragu, Pakatan Harapan adalah gabungan yang tidak kukuh dan
tidak mungkin mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat.
Lagi-lagi
kata yang ragu, lebih baiklah kita kekalkan UMNO dan BN daripada
memilih Pakatan Harapan yang selalu celaru serta tidak keruan hala tuju.
Benarkah begitu?
Pemilihan
kerajaan adalah berkaitan kehidupan masa depan. Baik kerajaan yang
dipilih, maka terang dan terbukalah laluan untuk membina kehidupan.
Jika masih ada yang sukar dan ragu dalam membuat pilihan dalam pilihanraya akan datang, pertimbangkan dulu fakta-fakta ini:-
- siapa yang hilangkan duit rakyat dalam kes 1MDB dan rakyat menanggung bebannya?
- siapa yang mencekik poket rakyat dengan cukai GST sambil menabur janji "harga barang akan turun kerana GST"?
- siapa yang mengurangkan bajet pendidikan dan kesihatan?
-
siapa yang menyebabkan ekonomi merudum dan angka-angka yang selalu
ditunjukkan hanya bagai jenaka, sedangkan rakyat tidak merasa apa-apa?
- siapa yang menghapuskan subsidi atas nama rasionalisasi?
- siapa yang menyerah banyak kontrak, menjual tanah, pelabuhan dan segala macam yang lain kepada China?
-
siapa yang menyebabkan kehidupan dan poket rakyat terus terjejas,
tetapi yang diberi bukan penyelesaian, sebaliknya cuma dekoder untuk
melekakan?
-
siapa yang menyebabkan hutang negara mencecah hampir 1 trilion sehingga
setiap bayi yang lahir, bukan cahaya kehidupan, tetapi hutang yang
lebih dulu menunggu?
Adakah Pakatan Harapan yang celaru dan tidak bersatu melakukan semua perkara di atas itu?
Apa
guna memilih BN yang lebih bersatu dan padu, tetapi mereka juga
"bersatu dan padu" dalam merompak kekayaan negara dan meninggalkan
sengsara buat rakyat jelata?
Bayangkan pula akan berlaku seterusnya jika BN yang "bersatu dan padu" itu dikekalkan lagi kuasanya?
Pakatan
Harapan, ambil saja contoh di Selangor dan Pulau Pinang, sebelum menang
pada piliharaya 2008 dulu, memang mereka tidak menamakan siapa jadi
bakal jadi ketua dan bagaimana bentuk kerajaan yang akan dibina.
Tetapi, lihat bagaimana hasilnya hari ini?
Adakah rakyat Selangor dan Pulau Pinang lebih derita?
Bandingkan
pula dengan Kedah, Negeri Sembilan atau Melaka misalnya, adakah
ketiga-tiga negeri itu terlalu berbeza dengan Selangor dengan Pulau
Pinang?
Berapa rezab yang ada di negeri-negeri berkenaan dan berapa bonus yang mampu mereka bayar untuk kakitangan awamnya?
Hakikatnya,
memang Pakatan Harapan ada masalah tertentu dan tidak sebaik BN dari
segi bersatunya mereka, tetapi apabila kuasa diperolehi, mereka tahu
bagaimana menguruskannya dan keutamaan terhadap rakyat tetap agenda
nombor satu.
Lebih-lebih
lagi Pakatan Harapan juga mempunyai ramai barisan pemimpin yang
berpengalaman yang jauh lebih dipercayai berbanding Najib Razak dan
Zahid Hamidi dalam menguruskan negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan