MAKKAH
– Liga Islam Sedunia hari ini mengumumkan pembatalan keahlian ulama
Islam terkenal Yusuf al-Qaradawi selepas nama beliau diletakkan dalam
senarai pengganas yang dikeluarkan oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu
(UAE), Bahrain dan Mesir.
Liga itu
dalam pengumuman menerusi akaun Twitter rasminya berkata, berdasarkan
klasifikasi yang dikeluarkan, Liga Islam Sedunia menamatkan keahlian
Yusuf al-Qaradawi dalam Akademik Fiqh.
Liga itu
juga mengumumkan sokongan penuh terhadap kenyataan dikeluarkan Arab
Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain berkenaan senarai pengganas itu.
“Pengkelasan
ini mengesahkan Arab Saudi komited melawan keganasan dan untuk
menghalang sumber kewangan dan sokongan kepada pengganas.
“Komuniti
antarabangsa mesti memperhebatkan usaha untuk menangani aktiviti
pertubuhan pengganas dan penyokong mereka,” kata liga itu.
Liga itu
juga menyeru mereka yang ada kaitan dengan nama disenaraikan, terutama
anggota jawatankuasa dan kepimpinan mana-mana institusi untuk
mengisytiharkan penolakan ideologi dibawa Qaradawi.
Semalam,
empat negara Arab itu mengumumkan nama individu dan entiti yang mendapat
sokongan Qatar sebagai kumpulan dan pengganas yang dikehendaki.
Kenyataan
itu termasuk 12 entiti dan 59 individu yang tinggal dan disokong Qatar,
yang menimbulkan ancaman kepada keselamatan dan keamanan di empat negara
itu dan rantau Teluk. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan