PUTRAJAYA – Seramai 25 penggiat seni dan karyawan
yang terpilih bakal menunaikan ibadat umrah yang ditaja sepenuhnya oleh
kerajaan selepas musim haji berakhir pada tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penajaan
ibadat umrah itu akan
mengutamakan penggiat seni dan karyawan yang tidak
berkemampuan dan tidak pernah melakukan ziarah ke tanah suci Mekah itu.
“Ia sebagai tanda prihatin serta bukti kerajaan mengambil berat dan
nasib golongan seni khussusnya sempena dengan kemuliaan Ramadan ini.
“Insya Allah kita akan menghantar mereka menunaikan
umrah selepas selesai musim haji pada tahun ini,” katanya pada Majlis
Berbuka Puasa Bersama Penggiat Seni dan Karyawan di Seri Perdana di sini
petang tadi.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor;
moderator Dialog Penggiat Seni TN50, Datuk Rosyam Nor dan pengarah
serta penerbit filem, Datuk Yusof Haslam.
Seramai 2,000 pengiat seni dan karyawan hadir pada majlis berbuka
puasa itu serta tetamu khas daripada rumah-rumah kebajikan dan anak
yatim sekitar Lembah Klang.
Mengulas lanjut, Najib juga akan meminta pengurusan projek
Perumahan Rakyat 1Malasyia (PR1MA) memperuntukan unit-unit rumah mampu
milik kepada penggiat seni dan karyawan yang masih tidak mempunyai
kediaman sendiri.
“Saya juga bersedia untuk meminta PR1MA iaitu rumah
mampu milik untuk diperuntukan kepada penggiat-penggiat seni, budayawan,
sasterwan kita.
“Ini juga boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.
Pada minggu lalu, Najib turut mengumumkan kerajaan bersetuju untuk
memperuntukkan beberapa unit rumah kepada penggiat seni dan karyawan
terutamanya golongan veteran dan tidak memiliki kediaman sendiri.
Ia merupakan keputusan hasil daripada Dialog Pengiat Seni TN50 pada
Mei lalu yang melibatkan penggiat seni, karyawan, seniman dan
budayawan. – MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan