Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan bantuan khas sebanyak dua bulan gaji kepada lebih 17,700 kakitangan awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan dibayar tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembayaran bonus itu membabitkan peruntukan keseluruhan RM63.3 juta manakala pembayarannya akan dibuat pada 21 Jun ini
Dalam pada itu kerajaan negeri juga mengumumkan satu lagi insentif kepada jabatan dan agensi kerajaan serta penjawat awam Selangor dengan menilai prestasi masing-masing dan akan diberikan pada penghujung tahun.
"Sebagai tanda terima kasih kerajaan negeri, maka saya dengan tawaduk mengumumkan dua fasa insentif pada tahun 2017.
"Bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidulfitri untuk seluruh anggota perkhidmatan awam Selangor sebanyak dua bulan gaji.
"Kerajaan negeri juga bercadang membayar satu lagi insentif yang belum
pernah dilaksanakan namun ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan kerja
anggota," katanya di Majlis Rapat Ramadhan bersama penjawat awam
Selangor, pagi tadi.
Tahun lalu kerajaan Selangor memberi bantuan khas Aildilfitri sebanyak
satu bulan setengah gaji kepada lebih 17,500 penjawat awam di negeri
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan