Jumaat, 16 Jun 2017

Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari selamat tiba

Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari selamat tiba
Jenazah dibawa ke kediaman ibu bapanya di Felda Lui Muda.
 
BANDAR SERI JEMPOL - Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari selamat tiba dikediaman ibu bapanya dekat Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan jam 8.55 pagi tadi.

Jenazah dibawa menaiki helikopter Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang turut diiringi isteri,Asysyuhadak Ahmad,30, anak perempuannya yang berusia lapan bulan, bapanya, Zahari Md.Din 65 , dan ibunya Hatijah Abd Hamid,60.



Manakala solat jenazah dijangka jam 10.30 pagi di Masjid Felda Lui Muda diimamkan oleh imam masjid, Mohd Rawal Md. Isa.

Hampir 300 individu yang terdiri daripada anggota TUDM dan penduduk kampung mula membanjiri kediaman ibu bapa Allahyarham seawal jam 6 pagi.

Turut hadir pada majlis pengebumian , Panglima Bantuan Udara ,Tentera Udara Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Paduka Wan Normazlan Che Jaafar

Adun Pertang, Datuk Jalaluddin Alias dan Adun Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali.

Tiada ulasan: