Khamis, 15 Jun 2017

Ibu, anak perempuan maut dalam kebakaran rumah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
GERIK: Dua beranak maut dalam satu kejadian kebakaran di Taman Sinaran pada awal pagi tadi.
 
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis, mangsa yang merupakan ibu dan anak perempuannya berusia 52 dan 12 tahun maut selepas terperangkap dalam rumah teres dua tingkat.
 
Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.33 pagi.
 
“Orang awam cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dengan memecah masuk rumah tersebut tetapi gagal sebelum menghubungi bomba.
 
“Mayat kedua-dua mangsa ditemukan di bilik bahagian atas rumah. Mangsa dipercayai maut akibat terhidu asap berdasarkan keadaan mayat yang sempurna,” katanya. 


Tiada ulasan: