PETALING JAYA: Empat individu yang dikenali sebagai geng 'susu kangkang' ditangkap pihak polis di Kota Damansara, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din
berkata, kesemua suspek yang aktif mencuri susu rumusan bayi di pasaraya
dan kedai serbanika 24 jam ditangkap ketika memberhentikan kereta di
depan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Dataran Sunway, Kota Damansara,
pada 6.55 petang kelmarin.
Empat suspek itu adalah dua lelaki dan dua wanita.
Sebelum ini polis menerima laporan kes samun yang mendatangkan kecederaan dalam kejadian di sebuah pasar raya di Kelana Jaya.
"Hasil soal siasat, mereka mengaku melakukan kegiatan mencuri susu
rumusan bayi di pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam sekitar Lembah
Klang serta terbabit dalam kes samun di Kelana Jaya," katanya pada
sidang media di IPD Petaling Jaya, hari ini.
Polis turut merampas 17 tin dan 21 kotak susu rumusan bayi pelbagai
jenama, lima telefon bimbit, tablet, dua beg tangan, dua beg galas serta
kereta model Perodua Alza yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Mohd Zani memberitahu geng berkenaan pernah dipenjarakan dan telah dibebaskan pada tahun lalu kerana kesalahan mencuri.
Antara modus operandi geng 'susu kangkang' ini adalah dengan
menggunakan dua suspek wanita mengenakan pakaian besar, mengambil susu
rumusan bayin tin atau kota dan menyorokkannya di celah kangkang sambil
diperhatikan oleh suspek yang lain.
Kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan