Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) berdepan satu lagi masalah baru-baru ini apabila
terdapat sebilangan pemimpin dalam gerakan pemuda Parti berkenaan atau
dikenali sebagai ARMADA melahirkan rasa tidak puas hati dengan
kepimpinan Pengerusi Parti, Tun Dr. Mahathir dan Presiden Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Suara tidak puas hati ini sebenarnya
bukan baru dalam BERSATU, sebelum ini kita telah saksikan bagaimana
pergolakan berlaku di bahagian-bahagian Parti berkenaan di negeri Perak.
Syed Saddiq juga menegaskan ahli yang terlibat akan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin Parti untuk dinilai tindakan bersesuaian.
Ini merupakan satu tuduhan sembarangan yang dibuat tanpa asas kukuh.
Tindakan Syed Saddiq ini juga boleh
dilihat sebagai satu usaha untuk mengalihkan isu kepimpinan lain dengan
menyalahkan parti seteru.
Syed Saddiq sering melaung-laungkan
idealisme politik matang dan baharu, namun apa yang dilakukan oleh
beliau bukan satu perkara yang matang, malah dilihat tidak jauh bezanya
dengan amalan politik lapuk yang cuba ditentangnya.
BERSATU perlu dilihat menjadi parti
politik contoh dengan berani mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja
tanpa mengamalkan budaya politik terpilih.
Jika BERSATU berjaya melaksanakan
perkara seperti ini, maka sudah tentu Parti ini akan dilihat sebagai
berjaya mengotakan apa yang dikata.
Semangat 46 misalnya ditubuhkan kerana kekecewaan sebilangan ahli UMNO terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir suatu masa dahulu.
Parti ini menjalinkan kerjasama erat dengan PAS, namun tidak berjaya menewaskan UMNO dan Barisan Nasional.
Akhirnya, parti ini berkubur dan
kebanyakan pemimpin parti berkenaan pulang ke pangkuan UMNO, malah ada
di antara mereka dilantik semula sebagai Menteri.
Jelas Parti ini tidak berjaya dalam pilihan raya yang disertai dan tewas mudah dan akhirnya berkubur.
Sesebuah parti itu perlu mempunyai objektif yang jelas dan tidak terkait dengan agenda peribadi mana-mana pemimpin.
Parti ialah tentang ideologi dan
perjuangan dan BERSATU wajar mengukuhkan hal ini terlebih dahulu sebelum
memikirkan untuk muncul dalam saingan politik negara yang semakin
sengit, jika tidak BERSATU akan dikenang sebagai sejarah seperti
Semangat 46, sejarah orang-orang kecewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan