Oleh Amin Iskandar
DESAKAN
meminta Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Isa
Samad meletakkan jawatan berhubung kemelut syarikat itu semakin
memuncak, kali ini daripada anak peneroka Felda.
Jawatankuasa
Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda akan menghantar sebuah memorandum
kepada Perdana Menteri Najib Razak bagi mendesak Isa disingkirkan
selepas menyebabkan "kekacauan" dalam FGV dengan menggantung Ketua
Pegawai Eksekutif Zakaria Arshad.
"Sekarang bukan macam dulu. Dulu, lembu kalau pakai baju Barisan Nasional (BN) pun boleh menang.
"Kami nampak, jikalau perkara ini tidak diambil perhatian oleh PM, jangan besok kita menyesal.
"Kerana
kalau kita lihat dalam Facebook setiap hari, itulah dia cerita. Anak
peneroka Felda setiap hari tak berpuas hati," kata Pengerusinya
Zulkefli Nordin dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Zulkefli
menjelaskan Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda merupakan
kumpulan mewakili anak peneroka Felda daripada pebagai parti politik.
Semalam
Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Perkasa dan Persatuan Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (Anak) turut menggesa agar Isa meletakkan jawatan bagi
menyelesaikan kemelut FGV.
Zulkefli berkata, adalah tidak adil
ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat FGV,
hanya Zakaria dipaksa bercuti dan Isa tidak turut diminta bercuti..
"Daripada
segi track record, semasa Isa jadi pengerusi Felda dulu, berjela-jela
email saya hantar kepada dia, langsung tidak jawab.
"Sekali tu
dah janji nak jumpa kami anak peneroka Felda, dia batalkan. Berbeza
dengan pengerusi baharu Felda Shahrir Samad. Dia bagus," katanya.
Beliau
berkata, sebulan selepas Shahrir menjadi pengerusi Felda, anak kepada
peneroka sudah boleh berhubung secara langsung dengannya.
"Ini
yang kita hendak, apa yang berlaku di Felda kita terapkan kepada FGV.
Kenapa Tan Sri Shahrir boleh buat tapi Tan Sri Isa tak boleh buat?"
soalnya.
Kumpulan itu juga turut meminta agar Shahrir mengambil alih jawatan pengerusi FGV daripada Isa.
"Dulu pun pengerusi Felda pun pengerusi FGV jugak.
"Kami memang kecewa sebab Felda sebagai pemegang saham terbesar tidak mempunyai wakil dalam FGV.
"Felda adalah pemegang Amanah mak ayah kami punya saham," katanya.
Awal hari ini, Isa Samad berkata yang tidak ada alasan untuknya meletakkan jawatan seperti dicadangkan Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zakarshi.
“Kenapa saya perlu letak jawatan, bukan saya yang buat salah,” katanya.-themalaysianinsight.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan