Arutchelvan mengesahkan partinya bakal bertanding di DUN Kota Damansara pada PRU 14 selepas satu keputusan diambil dalam mesyuarat PSM Subang
KUALA LUMPUR: Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan mengesahkan bahawanya partinya bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Dalam satu tulisan ringkas di Facebook, Arutchelvan yang lebih dikenali sebagai Arul mengesahkan partinya bakal bertanding di DUN Kota Damansara pada PRU 14 selepas satu keputusan diambil dalam mesyuarat PSM Subang, semalam.
“Sah! Mesyuarat PSM Subang umumkan akan terus bertanding kerusi Kota Damansara. Spekulasi bahawa PSM tidak akan menpertahankan kerusi itu adalah tidak benar sama sekali,” kata beliau dalam teks tersebut.
Pengumuman PSM kemungkinan akan menepati ramalan pakar-pakar politik tanah air, di mana, kerusi Kota Damansara bakal akan menemui sekurang-kurangnya pertandingan empat penjuru pada PRU akan datang tidak termasuk calon-calon Bebas.
Dipercayai Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim, juga merupakan Adun Kota Damansara bagi tempoh 2008 hingga 2013, bakal beradu nasibnya pada PRU14.
Selain Nasir, Umno yang merupakan penyandang kerusi tersebut setelah dimenangi oleh Halimaton Saadiah Bohan dalam pertandingan enam penjuru pada PRU13, akan bertanding bersama-sama PAS yang turut meminati kerusi tersebut.
Pada PRU13, PAS menurunkan calonnya Ridzuan Ismail selepas mendapat restu Presiden Abdul Hadi Awang, walaupun keputusan Hadi tidak disokong oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.
Selain PAS, beberapa pemimpin pemimpin PKR tempatan turut memperhatikan sebagai kawasan potensi untuk bertanding pada PRU14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan