KUALA LUMPUR – Kerajaan
perlu menyiasat dakwaan Ketua Eksekutif sebuah konglomerat Malaysia
yang dituduh menyalurkan wang kepada kepimpinan Korea Utara.
Gesaan itu
dibuat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai
respon kepada kenyataan Korea Utara Lee Chol-ho, yang mendakwa Han
Hun-il, pengasas dan ketua eksekutif Malaysian Korea Partners (MKP)
telah menyalurkan wang kepada kepimpinan di Pyongyang sejak lebih dua
dekad.
Jazlan berkata, dakwaan tersebut menjejaskan reputasi Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan.
Katanya, Bank Negara juga mesti menyiasat jika terdapat sebarang penyalahgunaan dalam sistem perbankan negara.
“Kita
perlu siasat sekiranya antara lain Korea Utara menggunakan hubungan
dengan Malaysia sebagai saluran untuk melakukan kegiatan haram,”
katanya.
Semalam,
Reuters memetik seorang pembelot Cawangan bank MKP di Pyongyang turut
disiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai larangan
syarikat asing atau kerjasama asing dengan firma Korea Utara memiliki
cawangan kewangan di negara itu.
Tegas
Jazlan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu menjalankan siasatan
mereka terhadap MKP dan Han untuk menentukan sama ada jenayah telah
dilakukan.
Bulan lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak berkuasa akan membantu PBB dalam siasatan terhadap MKP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan