Captain M
– 1. Malam ini Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang pasti tidak
boleh tidur apabila orang kanan kesayangannya Adam Rosly Ketua AMK
Ampang memberi keterangan kepada SPRM untuk kali ketiga.Sebelum ini pada
10 dan 22 Februari lalu. Hari ini juga Adam Rosly digari dan ditahan
oleh SPRM. Apa yang merisaukan Zuraida jika apa yang dikenakan kepada
Adam bukan setakat Akta SPRM 2009 tetapi Akta Pencegahan Pengubahan Wang
Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti
Haram 2001 (Akta 613).
Zuraida
bimbang apa akan terjadi dengan hasil projek-projek PBT di Selangor
yang belia monopoli bersama Adam Rosly. Jika dibekukan bagaimana? Atau
adakah Zuraida dan Adam sempat memindakannya ke tempat lain wang-wang
simpanan serta penama aset?
2. Adam Rosly berumur 28 tahun menjadi jutawan kerana hasil projek
Zuraida Kamaruddin untuk PBT dan juga lesen pasir yang diberi oleh Azmin
Ali kepada Adam. Di bawah AMLA 2001 pastinya aset-aset dan akaun Adam
dibekukan. Perkara ini yang merisaukan Zuraida kerana aset miliknya atas
nama Adam bakal berkubur!. Adam ketika memberi keterangan kepada SPRM
sebelum ini ternyata memberikan maklumat PALSU mengenai sumber
pendapatannya. Aset serta simpanan akaun yang dimilikinya tidak sepadan
dengan pendapatannya sebagai seorang ahli perniagaan pada
syarikat-syarikat yang gagal dan tidak mempunyai ‘turnover’ yang baik.
Jadi dari mana wang yang diperolehi Adam?
3. Adam Rosly kini ditahan 24 jam dan esok (14 April -Jumaat) Adam
akan ditahan reman beberapa minggu. Impian Adam untuk memakai baju lokap
SPRM (oren) tercapai. Adam bakal didakwa kerana menipu berkaitan sumber
pendapatan dan harta. Adam Rosly dipercayai terlibat dalam pengubahan
wang haram (money laundering) berkaitan hasil haram dari perbuatan
rasuah.
Mampukah
Zuraida tidur nyenyak? Katanya Zuraida malam ini menyembunyikan segala
dokumen berkaitan serta bukti-bukti yang mengaitkan dirinya dengan Adam
Rosly.
4. Sikap bongkak dan sombong Adam Rosly kaya dalam usia muda selain
pendidikan rendah mendedahkan dirinya kepada rasa ingin tahu netizen.
Kaya tapi bodoh!. Jawapan dalam sidang media seperti jual nasi lemak
dari kecil dan perniagaannya adalah rahsia kerana terlalu peribadi
membuka ruang siasatan SPRM. Syarikat atas namanya kurang pendapatan
tahunan tetapi harta berjuta sudah tentu mengundang keraguan besar.
Tentunya ia dari hasil rasuah dan wang haram!. Belum dikira lagi
hartanah lain yang Adam miliki dianggarkan lebih RM 5 juta. Dahsyat anak
muda PKR!
5. Captain M selain menerima maklumat dari laporan serbuan Datuk
Jamal Yunus menggunakan helicopter serta laporan pelbagai pihak kepada
SPRM sebelum ini turut mendedahkan dua pemilikan rumah Adam Rosly di
Putrajaya dan Ampang Saujana termasuk beberapa kereta mewah Adam bukan
atas namanya tetapi nama ‘taukeh’ cina. Hanya satu Range Rover Evogue
atas nama isterinya. Apa hubungan Adam Rosly dengan taukeh-taukeh itu?
Isteri
Adam Rosly hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Dari mana pendapatan
untuk membeli kenderaan mewah Range Rover Evogue ini?
6. Paling mengejutkan dalam sidang medianya pada 18 November 2016
Adam yang begitu berbangga dalam Instagramnya menunjukkan 2 rumahnya di
Putrajaya dan Ampang tiba-tiba menafikan itu rumahnya dan mencabar Netizen membuktikan rumah itu miliknya!.
7. Kita akan melihat kesetiaan Adam Rosly kepada tuannya seperti
Zuraida Kamaruddin dan Azmin Ali MB Selangor. Apakah Adam akan
menanggung kesalahan bersendirian atau akan ‘memetik’ sekali Zuraida Mak
Lampir dan pihak-pihak yang terlibat. Sama-sama tunggu!
Apakah nama Azmin Ali tidak akan diseret?
8. Apapun tahniah kepada SPRM yang bertindak tegas!. Mereka Langsi Lu
kasi jadi! Netizen kata sila siasat maka SPRM siasat dan bertindak.
Masa pemimpin BN didakwa kamu bersorak! sekarang masa pemimpin
pembangkang didakwa kamu diam membisu. Percayalah Rafizi Ramli dan Tian
Chua Naib Presiden PKR sedang bertepuk tangan bila ‘macai’ Zuraida dan
Azmin dikandangkan SPRM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan