Isnin, 13 Februari 2017

Mufti: Boleh terima darah pemakan babi

MALAYSIAKINI




Umat Islam boleh menerima darah daripada bukan Islam, walaupun penderma itu memakan makanan tidak halal seperti babi, kata mufti Wilayah Persekutuan.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata darah bukan lagi zat babi secara keseluruhannya, sebaliknya terbentuk daripada pelbagai nutrisi pelbagai makanan dan minuman.

“Justeru, kami katakan tidak menjadi kesalahan untuk menderma darah walaupun seseorang non-Muslim itu memakan makanan seperti khinzir,” kata Zulkifli.

“Sebaliknya, kami sarankan agar penderma darah diberi penghargaan dan sedikit keistimewaan agar kempen derma darah dapat disemarakkan d isamping bekalan darah negara sentiasa mencukupi bahkan melebihi paras biasa.”

Beliau juga memetik keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 bahawa harus menderma darah dan tidak perlu pengasingan mengikut agama dibuat.

Beliau berkata demikian ketika memberi jawapan kepada persoalan penyanyi rap kontroversi Namewee yang membangkitkan persoalan derma darah dan organ bukan Islam.

Video 2.03 minit itu kini menjadi trending dan setakat berita ini ditulis sudah ditonton lebih 275,000 kali.
Mengulas soalan Namewee, Zulkifli menjelaskan tiada larangan memindahkan anggota seseorang bukan Islam kepada Islam.

“Hal ini kerana anggota seseorang itu tidak bersifat dengan Islam atau kufur, tetapi ia hanya alat yang digunakan oleh manusia untuk melaksanakan tuntutan akidah dan manhajnya dalam kehidupan,” katanya.

Bahkan, katanya, seluruh anggota, organ termasuk darah sentiasa bertasbih memuji dan sentiasa patuh kepada perintah Allah.

Untuk keterangan lanjut, katanya, ia telah dihuraikan panjang lebar dalam “Bayan Linnas” (penjelasan isu semasa) sebelum ini dan buku bertajuk Pemindahan dan Pendermaan Organ

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: