Selasa, 7 Februari 2017

Ghuluw dan takfiri sudah keluar PAS

USTAZ IDRIS AHMAD 




HENDAK perang atau hendak berpilihan raya? PAS mengambil pendekatan muwajahah silmiah melalui sistem pilihan raya. Walau pun kita ketahui demokrasi yang penuh tempang dan berat sebelah. PAS tetap sabar. Masih tidak emosi, sehingga untuk mengambil cara revolusi. Ulama PAS telah berijtihad mengambil pendekatan pilihan raya kerana ia lebih mudah. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Aku pilih yang mudah apabila bertembung antara sukar dan mudah".

PAS yang kaya dengan pengalaman dan faham sepak terajang politik musuh atau kawan. Tidak pernah lari daripada paksi Islam. Mungkar wajib dilawan, perkara baik wajib disokong. Ini prinsip kita yang sesuai dengan prinsip Islam.

Pemikiran "ghuluw" (pelampau) sehingga marah kerana PAS sepentas membincang isu Rohingya dan bersama dengan NGO lain untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada Rohingya. Golongan ini kalau musuh luar serang pun mereka masih hendak bergaduh tidak mahu bersatu kerana dendam kesumat yang mendalam. Inilah bahaya pemikiran seperti ini.

Oleh sebab agenda parti tidak ada, maka modal yang masih dimain ialah PAS hendak masuk Umno. Sudah lapan tahun tuduhan itu dilemparkan sejak tahun 2008. Kalau ada anak sekolah, sudah darjah dua. Tetapi PAS masih tidak masuk Umno. Sekarang modal baru pula, PAS tidak masuk Umno, tetapi PAS berada sepentas dengan Umno dan tolong-menolong dalam isu sejagat.

Ayat al-Quran Surah Hud 113 dijadikan hujah bermaksud "Jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim, nanti akan disambar oleh api neraka". Kerana TGHH pegang tangan DS Najib Tun Razak semasa program solidariti Ronhingya dan Datuk Tuan Ibrahim senyum semasa melepas kapal Flotila maka terus dituduh pemimpin PAS akan disambar api neraka. Apakah mereka mahu Tuan Guru Haji Hadi tampar DS Najib baru dianggap betul? Huh hebat, tafsir mana mereka belajar. Siapa sebenar golongan takfiri dan ghuluw?

Mereka sanggup pejam mata apabila YAB Lim Guan Eng berselfie dengan DS Najib, bergelak ketawa dengan YAB Zahid Hamidi, berpeluk dan berpegang tangan dengan YB Tan Sri Nazri Aziz. Kita tidak pernah menjadi isu apabila melihat gambar ini dengan menuduh Lim Guan Eng hendak masuk BN. Apabila Lim Kit Siang hendak bekerjasama dengan BN untuk selamatkan negara, kita tidak menjadi isu.  Ini menunjukkan PAS matang dan tidak emosi.

Jika ikut tafsiran ini, maka beribu kakitangan kerajaan yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri semuanya masuk neraka? Bukan sahaja condong, malahan menjadi tenaga fikir kepada DS Najib. Samalah juga ada di kalangan mereka mempunyai saudara mara Umno, apakah mereka tidak disambar oleh api neraka. Kerana berbaik dengan orang Umno.  Adakah ini ajaran Maqasid. Orang lain tidak boleh, kami boleh? – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: