TAIPING: Seorang saksi pada Selasa memberi gambaran tentang kejadian
penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang yang maut dikelar
seorang lelaki pada Februari tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari berkata Pesuruhjaya Kehakiman
Mohamed Zaini Mazlan berada di lokasi kejadian di Km228.2 Lebuh Raya
Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang selama kira-kira 45
minit bagi menyaksikan gambaran kejadian itu.
Tinjauan Bernama mendapati tertuduh Syarafi Abu, 25, turut berada di
lokasi kejadian, namun hanya menunggu di dalam kenderaan polis.
Pada 16 Feb lepas, tukang masak itu didakwa atas tuduhan mengelar
Nursyuhada Johari, 20, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar,
kira-kira pukul 2 petang, pada 2 Feb 2015.
Prosiding perbicaraan kes itu bermula semalam hingga Khamis ini dan
pendakwaan dikendalikan Mohd Amril manakala tertuduh diwakili peguam
Datuk Naran Singh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan