PETALING JAYA: Keadaan kereta jenis Kia Optima K5 yang dipandu pelakon
Yatt Hamzah rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di
Lebuhraya Karak, dekat sini, petang Sabtu.
Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, berkata, kejadian berlaku
kira-kira pukul 7 petang ketika dia bersama adik ipar dan pembantu
peribadinya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab
selepas program Jelajah Ikim.
"Saya bersama adik ipar dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim.
"Kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak apabila secara tiba-tiba tayar
kereta saya pecah dan saya hilang kawalan sehingga berpusing beberapa
kali dan kemudian melanggar pembahagi jalan," ujarnya.
Bagaimanapun, Yatt berkata, ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Yatt berkata, dia sudah melaporkan mengenai kemalangan tersebut di Balai Polis Karak.
"Alhamdulillah saya dan yang lain selamat. Namun saya masih lagi terkejut dan trauma dengan kejadian itu," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan