Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata terpulang kepada negeri-negeri lain sekira mahu mengikut jejak langkah Kelantan menandatangani deklarasi menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya sama ada beliau berpendapat negeri-negeri lain juga perlu menandatangani deklarasi sokongan yang sama.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Zahid berkata Deklarasi Kelantan itu pada dasarnya untuk menekankan sokongan kepada perdana menteri, bukan sahaja sebagai perdana menteri tetapi juga sebagai pengerusi BN.
Pada hari Khamis, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama dengan wakil rakyat BN negeri itu menandatangani deklarasi itu untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib dalam berdepan dengan desakan supaya berundur.
Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa yang mengumumkan perkara itu berkata, deklarasi tersebut ditandatangani semasa perjumpaan antara Najib dengan pemimpin BN Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan