Oleh Aspan Alias
UMNO
sedang berada dalam keadaan kucar kacir dan Najib sedang menghadapi
masalah yang tidak pernah dilalui oleh pimpinan tertinggi parti itu
sejak merdeka. Di Terengganu Menteri
Besarnya, menghadapi tindakan dari rakan UMNOnya dengan usul undi tidak
percaya dan tentunya banyak lagi keadaan di dalam UMNO diseluruh negara
sedang berada diambang kehancuran.
Ini menunjukkan pimpinan UMNO sudah tidak lagi mampu mengawal keadaan
dan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan
ahli-ahlinya di seluruh negara dan tidak ada siapa dapat menafikan yang
parti Melayu itu sudah hampir menemui ajalnya sebagai sebuah pertubuhan
politik.
Di peringkat pusat Presidennya sedang menghadapi tekanan bukan sahaja dari rakyat biasa malahan dari masyarakat antarabangsa dan kini Najib sememangnya sudah hilang moral untuk memimpin negara lagi. Dalam isu 1MDB Najib sedang menghadapi masalah dari Kuala Lumpur sehingga ke Switzerland dan yang terakhir ke AS.
FBI AS telah mensapina Pengerusi Goldman Sach bagi Asia Tenggara yang
bertanggungjawab untuk meluluskan pinjaman terhadap 1MDB sebanyak RM6
billion kepada 1MDB dengan kadar faedah yang jauh dari kadar biasa,
iaitu 9 peratus. Tim Liesner yang mempunyai kerakyatan Germany telah
bercuti panjang dan tiada lagi dalam Goldman Sach Asia Tenggara. FBI
mengambil tindakan mensapina Tim kerana disyaki terlibat dalam
menguruskan pinjaman yang begitu ‘dubious’ kepada 1MDB dan ada
unsur-unsur tidak jujur dalam isu ini.
Tanpa menulisnya dengan lebih panjang ia amat berkaitan dengan isu wang
dari pinjaman itu yang di masukkan ke dalam akaun peribadi Perdana
Menteri dan tiada siapa yang dapat lari dari mensyaki Najib terlibat
dalam skandal kewangan yang sangat hangat disebut oleh masyarakat
antarabangsa khususnya dalam frataniti bidang kewangan. 1MDB telah
selepas itu menghadapi hutang sebanyak RM42 juta dan kini semua mata dan
perhatian rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap peranan Najib
dalam skandal kotor yang tidak ada tolok bandingnya itu.
Najib dalam keadaan berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa reaksi
terhadap tuduhan dan persepsi buruk beliau di mata masyarakat
antarabangsa. Hanya beberapa kerat penyokongnya dalam kabinet dan
partinya yang memberikan kenyataan berdiri teguh di belakang beliau.
Tetapi tekanan untuk beliau diketepikan amat kuat yang dipimpin oleh Dr
Mahathir Mohamad dan rakyat ramai termasuk pemimpin pembangkang untuk
beliau meletakkan jawatan.
Saya telah dapat mendengar yang penyokong-penyokong beliau pun sudah
ada yang tidak berdaya untuk mempertahankan pimpinannya kerana mereka
memberikan sokong diatas paksaan dan desakan pihak tertentu yang
sebenarnya mahu mengambil alih kepimpinannya secepat mungkin sebelum ada
pihak lain mengambilnya. Tentunya kenyataan-kenyataan sokongan itu
bukannya kenyataan yang jujur dan tidak mustahil dikalangan yang
mempertahankan beliau itulah yang paling ghairah untuk menumpaskan
beliau secepat mungkin.
Najib sudah sampai ketahap berada dijalan mati yang mana beliau tidak
lagi mampu untuk mempertahankan dirinya dari menerima cantasan dari
kumpulan nya sendiri. Dalam keadaan sekarang Najib sudah tidak dapat
membuat keputusan dengan betul dalam segala-galanya. Angin berkencang
kuat yang beliau akan memenuhi tuntutan penyokongnya yang oppotunistik
disekelilingnya untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana
menandatangani ‘citizen declaration’ yang dipimpin oleh Tun Mahathir
Mohamad beberapa hari yang lalu dan Muhyiddin berkata beliau rela
dipecat dan tidak gentar dengan ugutan kuat dari pihak
penyokong-penyokong palsu Najib itu.
Nasib dan masa depan Najib sudah hampir dapat di telah oleh banyak
pihak. Sesungguhnya Najib tidak dapat bergerak lagi. Kita ingin melihat
keadaan selanjutnya dan saya merasakan Najib akan kehilangan kuasa yang
beliau sayangi itu.
Bagi PM Najib, kalau datang dahulu nampak mukanya semasa pergi nanti biarlah nampak belakangnya. Maksudnya jika datangnya dahulu disambut kalau berhenti biarlah ramai yang menghantarnya. Barulah terhormat dan bermaruah.~http://aspanaliasnet.blogspot.my''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan