Ahad, 27 Mac 2016

Khalid sahkan tak tanding PRU14, beri peluang muka baru

Khalid sahkan tak tanding PRU14, beri peluang muka baru
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika sesi wawancara di kediaman beliau di Damansara, semalam. - Foto Sinar Online RAZIATUL HANUM A.RAJAK


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusinya di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dun Pelabuhan Klang dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).

Namun katanya, keputusan itu bukan kerana kecewa selepas dipecat dari PKR serta tidak lagi menjawat jawatan menteri besar namun sudah diputuskan olehnya selepas PRU13 yang lalu.

“Sudah lama saya putuskan. Selepas saya jadi Menteri Besar Selangor kali yang kedua, saya beritahu parti yang saya tidak akan bertanding lagi dalam PRU14,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.

Sebelum ini, Abdul Khalid dipecat dari parti sebelum diguling dari kedudukannya sebagai menteri besar.

Mengulas lanjut mengenai keputusannya itu, Abdul Khalid berkata, beliau percaya kepada konsep bahawa setiap pemimpin itu tidak boleh memegang jawatan terlalu lama.

“Saya rasa lebih baik kita beri dua penggal kemudian berilah peluang kepada orang lain pula untuk memberi sumbangan.

“Jadi, rakyat akan merasa perbezaan. Lapan tahun memang lama,” katanya.

Berkongsi mengenai perancangan masa depannya, Abdul Khalid berkata, berkemungkinan beliau akan kembali ke Universiti Oxford dan pada masa sama menjadi penasihat pelaburan antarabangsa.


Tiada ulasan: