OLEH: NAZLI IBRAHIM
RAWANG: Kajian Sumber, Pembekalan, Permintaan dan Pengagihan Air Untuk Selangor dirangka bagi memastikan bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga 50 tahun akan datang.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kajian dijadikan sebagai pelan induk itu dijalankan syarikat perunding lantikan Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Negeri sudah pun melantik perunding untuk membuat kajian terperinci mengenai kajian ini untuk dijadikan pelan induk atau ‘blue print’ pembekalan air.
“Kita pasti dengan kajian ini nanti, Kerajaan Negeri dapat memastikan sumber baru untuk kegunaan masa depan dan semua sistem agihan sedia ada serta merealisasikan matlamat mewujudkan sistem agihan efektif,” katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian pada Majlis Penyerahan Mitigasi 2 kepada Kerajaan Selangor di Rumah Pam Matang Pagar, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut matlamat mewujudkan sistem agihan efektif, Mohamed Azmin berkata sistem agihan penyambungan saling (interconnection) diperlukan berikutan kecekapannya memastikan bekalan air tidak terjejas sekiranya Loji Rawatan Air (LRA) henti tugas kerana LRA lain dapat menampung bekalan air yang diperlukan.
Katanya lagi, selain merangka pelan induk, Kerajaan Negeri juga akan menjalankan kempen kesedaran penggunaan air dengan berhemah yang akan dilancarkan pada Ahad ini.-nR-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan