Nurulhidayah melancarkan program "Pay-It-Forward" di Pusat Beli Belah Anggerik, di sini.
SHAH ALAM - Kritikan dan kutukan netizen di media sosial bermusim dan tidak perlu diambil peduli kerana bukan semua orang mengenali diri saya yang sebenarnya, demikian ujar ikon belia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Nurulhidayah yang juga merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka yang selama ini banyak berkata tentang dirinya di laman sosial hanya tahu menilai dari luaran dan tidak pernah mengenali dirinya dengan lebih dekat.
“Saya tidak kisah, saya tidak marah pun. Sebab orang yang kenal saya akan tahu saya macam mana. Kalau sudah kenal (saya) nanti, rasa sayang pulak.. Nanti susah,” katanya sambil berseloroh.
Beliau ditemui hari ini ketika melancarkan program "Pay-It-Forward" di Pusat Beli Belah Anggerik, di sini.
Sebelum ini, Nurulhidayah banyak dihujani kritikan netizen ekoran kenyataannya yang mengatakan punca kebanjikan kemasukan pekerja asing di negara ini berpunca daripada sikap malas rakyat tempatan sendiri.
Ekoran daripada itu, Nurulhidayah menjadi sasaran serangan golongan netizen yang menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap beliau dan bapanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan