Pokok getah.
KUALA LUMPUR - Tidak ramai yang tahu negara kita mempunyai pencapaian yang baik dalam industri produk getah di negara ini.
Ini kerana menurut Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, negara mempunyai kemampuan teknologi mencukupi untuk menghasilkan produk sendiri.
"Negara kita merupakan pengeluar sarung tangan getah perubatan terbesar di dunia dan pengeluar Getah Nitril Butadiena (NBR) terbesar dunia.
"Negara kita juga merupakan pengeluar kondom kedua terbesar dan kita juga merupakan pengeksport getah asli ketiga terbesar dunia," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Online, di Lembaga Getah Malaysia, di sini.
Menurutnya, Malaysia juga berada di kedudukan keenam sebagai pengeluar getah asli keenam terbesar di dunia.
Selain itu, negara juga berada di tangga kedua dalam kedudukan pengguna terbesar Getah Asli Lateks.
"Kita merupakan pengguna keenam terbesar Getah Asli dan kita juga pengguna Getah Asli campur Getah Sintetik ke-10 terbesar dunia," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan