Isnin, 6 Julai 2015

Sindiran Teresa Kok makan diri

 
Ahli Parlimen Seputeh itu dikecam pengguna laman sosial kerana didakwa memperlekeh pakaian tradisional masyarakat Iban.


teresa-kok-iban



PETALING JAYA: Niat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk memperli etika pakaian yang dikuatkuasakan di pejabat dan agensi kerajaan akhirnya makan dirinya sendiri.

Naib Presiden DAP itu dikecam netizen selepas memuat naik sekeping gambar beliau bersama lelaki berpakaian tradisional masyarakat Iban di Facebook.

“Saya memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang merupakan setengah bogel ataupun “tidak tutup aurat” ini.

“Pakaian tradisi Iban ini akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan kerajaan sekarang.

“Pakaian dan kostum sebegini memang telah menjadi sebahagian daripada budaya yang beraneka-corak di Malaysia,” tulis Teresa Kok.

Status dan gambar itu menarik perhatian rakyat Sarawak yang meluah kekesalan kerana pakaian itu cuba dikaitkan dengan isu politik.

“Nampak sangat tak kenal orang Sarawak. Orang Iban dah tak pakai pakaian macam ni untuk aktiviti seharian. Ini pakaian tradisi. Teresa ingat org Iban mundur sangat ker? Dah majulah,” tulis Alwi Adam EzazWealth,

“Saya orang Sarawak. Simple: Pakaian itu adalah pakaian tradisional orang Iban. Kita hanya pakai waktu perayaan atau upacara tertentu. Stop the nonsense,” komen Pavl Alan Morison

“Kenyatan awak seolah-olah menunjukkan kami memakai kostum ini setiap hari. Saya orang Iban. Saya sukakan pakaian ini tetapi saya tidak pakainya setiap hari. Mengapa awak mengheret kostum kami ke dalam politik? Sudah tiada isu lain? Kalau tiada idea nak jadi political mileage, berhenti sajalah dari politik.
Hentikan politik tidak bertempat Teresa Kok,” luah Frank J Martin.

Ketua Penerangan Wanita ISMA, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, Teresa Kok tidak tahu membezakan antara pakaian tradisi yang dipakai ketika perayaan tertentu dengan kod etika pakaian ketika berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.

Katanya, kostum lelaki Iban itu dipakai di hari perayaan dan tiada siapa pun yang membantah atau mempertikaikannya.

“Kenapa begitu beriya-iya memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan norma kesusilaan Malaysia? Seingat saya budaya Cina juga bangga dengan Ceongsam dan India dengan Sari yang berwarna warni, sedap mata memandang. Mini skirt atas lutut ini budaya siapa,” katanya.

Tiada ulasan: