MALAYSIAKINI
Datuk Ahmad Maslan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-90 kepada bekas peneraju negara Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan menteri kewangan itu mendoakan perdana menteri keempat itu
sentiasa sihat, ceria, diberkati Allah dan dibalas kebaikan kerana
membangunkan negara selama 22 tahun.
Bagaimanapun ketika ditanya harapannya untuk Mahathir, Ahmad mengubah nada:
“Saya berharap agar beliau menghentikan serangan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
“Itu harapan saya sempena Ramadan dan Syawal,” katanya.
Malaysiakini juga cuba mendapatkan ucapan hari lahir Mahathir daripada Najib tetapi dihalang oleh pengiring keselamatannya.
Ahmad bercakap kepada media selepas menemani Najib semasa pelancaran pusat cetakan al-Quran Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan