Selasa, 28 Julai 2015

Penyokong Muhyiddin lepas geram di Facebook Najib

 
Pengguna masukkan doa rakyat yang untuk pemimpin yang zalim di ruang komen Facebook Najib


najib_6comt


PETALING JAYA: Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi sasaran kemarahan yang dipercayai dibuat penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang marah dengan keputusan Najib menggugurkan timbalannya menggunakan ruang komen di laman berkenaan untuk melepas geram.

Mereka berkongsi komen ‘****SUPPORT Muhyiddin Yassin’ yang diulang beberapa kali dalam satu komen selain diikuti beberapa ratus orang.

Turut dimasukkan doa rakyat untuk pemimpin yang zalim.

Komen tersebut dimasukkan sebaik Najib mengemaskini status, ‘Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Mengenai Rombakan Kabinet”.

Malah status rakaman ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Indian, Dr. APJ Abdul Kalam yang meninggal dunia juga diserang dengan komen yang sama.

2 ulasan:

Master Jaguh berkata...

lagi cerita panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

ramboo-t berkata...

Ini lebih panas dr kes ghb..adakah geng mat sembab akan join mp g18 usul undi xpercaya pd pm spt yg dicadang abg mat syiah? Tunggu..xmustahil 1 lg parti baru akan ditubuh