SHAH ALAM - Sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari
jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan,
kebanyakan pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mula melahirkan rasa tidak
puas hati dan berpendapat bahawa Muhyiddin patut dikekalkan untuk terus
mendukung barisan kepimpinan kerajaan.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhammad Izzudin Al Qassam melahirkan rasa hairan ke atas tindakan Najib itu.
“Najib, kenapa pecat Muhyiddin daripada jawatan TPM? Pelik la,” tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi milik Perdana Menteri.
Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Jessica Lee turut melahirkan persoalan yang sama terhadap tindakan Najib.
“Why you did this to Muhyiddin Yassin (Kenapa buat begini kepada
Muhyiddin Yassin)?” katanya seperti yang dipetik menerusi ruangan komen
tersebut.
Mohd Ariff Azlan, seorang lagi netizen pula berpendapat bahawa
rata-rata yang meninggalkan komen di akaun Najib tidak bersetuju dengan
tindakan Perdana Menteri.
“Komen-komen yang terdapat di sini menunjukkan kami tidak memerlukan
kamu lagi. Jika kamu fikir dengan mengubah Kabinet, kamu akan selamat,
tunggulah nanti rakyat akan bangkit dan tukar kamu dan pasukan kamu,”
katanya.
Sehingga berita ini ditulis, laman akaun Facebook rasmi Najib masih
menerima persoalan daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya ingin tahu
punca sebenar Muhyiddin digugurkan.
1 ulasan:
lagi cerita panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
Catat Ulasan