Sabtu, 11 Julai 2015

Mahasiswa: Jawab isu WSJ atau kami demo

MALAYSIAKINI


 


Aktivis mahasiswa mengancam mengadakan demonstrasi besar-besaran jika Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan penjelasan meyakinkan mengenai dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) ke atasnya.

Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Malaysia Muhammad Luqman Nul Haqim Zul Razali hari ini berkata perdana menteri mesti memberikan jawapan kepada tiga persoalan iaitu:

* Adakah akaun bank itu milik beliau?
* Adakah wang bernilai RM2.6 bilion dari dana 1MDB masuk ke akaunnya?
* Apakah aset beliau?

Kata Muhammad Luqman, jika Najib gagal menjelaskan tanda tanya itu mereka tidak akan teragak-agak menganjurkan protes besar-besaran bagi membantah kerajaan.

Dia dan beberapa pemimpin pelajar bercakap kepada media selepas menyertai tunjuk perasaan membabitkan sekumpulan pelajar di Putrajaya hari ini.

Mereka merujuk kepada laporan WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan pengaliran dana bernilai hampir AS$700 juta ke dalam akuan persendirian didakwa milik Najib.

Sementara itu Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Khairul Najib Hashim berkata jika dakwaan WSJ itu benar, maka kerajaan BN yang ada pada ketika ini dianggap tidak sah.



"Parlimen mesti dibubarkan dan kembalikan mandat kepada rakyat," katanya.


Tiada ulasan: