MALAYSIAKINI
Pemimpin Veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa menteri-menteri
kabinet tidak berminat mengenai ahli Umno yang didakwa telah bertemu
dengan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.
Ini
ekoran gesaan dua orang menteri - Datuk Ahmad Shabery Cheek (gambar)
dan dan Datuk Abdul Rahman Dahlan - yang mencabar pemimpin pembangkang
yang didakwa bertemu Justo mengaku.
"Seperti yang dikatakan oleh polis Thailand, Justo telah bertemu dengan
kira-kira 10 orang, salah seorang daripada mereka adalah seorang ahli
Umno, dalam usaha (Justo ini) untuk menjual data yang dicuri dari
PetroSaudi International Ltd (PSI), mengapa Shabery tidak turut mencabar
Umno atau BN atas perkara yang sama?, " kata Lim dalam satu kenyataan
hari ini.
Pada hari Khamis, polis Thai berkata, individu yang bertemu Justo
termasuk hartawan media, seorang tokoh pembangkang Malaysia, dan juga
seorang dari parti yang sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak.
Bagaimanapun, polis Thai tidak menamakan sesiapa.
Selain daripada Shabery, Abdul Rahman turut membidas di Twitter dengan bertanya sama ada DAP bimbang "MPnya" akan terlibat.
Jawapan Lim ialah: "Tidak sama sekali".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan