THE RAKYAT POST
Ahmad Zahid berkata, KDN
juga telah menghantar laporan kepada Kedutaan Indonesia dan Najib
berhubung insiden itu dalam minggu ini.
KUCHING- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menghantar laporan penuh kepada Wisma Putra, berhubung isu insiden helikopter yang terbang ke kawasan Kalimantan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, insiden itu bukanlah satu pencerobohan, sebaliknya ia berpunca daripada keadaan bentuk muka bumi di kawasan berkenaan.
“Kami sepatutnya mendarat di Sungai Melayu berhampiran sempadan, tetapi tempat pendaratan helikopter ditenggelami air.
“Juruterbang membuat keputusan untuk mendarat di kawasan lebih baik, tanpa menyedari ia
telah memasuki sempadan Indonesia dan tempat pendaratan helikopter yang
kami nampak itu milik Tentera Indonesia,” katanya selepas Majlis
Berbuka Puasa bersama Polis Sarawak di Masjid Al Mujahidin, Kompleks
Kuarters Polis, pada Rabu.
Ahmad Zahid berkata, keadaan muka bumi
yang mencabar itu merupakan punca juruterbang melangkaui sempadan negara
dan ia bukan salah juruterbang berkenaan.
Selepas mendarat di kem Tentera
Indonesia, helikopter itu kemudiannya berpatah balik ke sempadan
Malaysia dan mendarat di Balai Polis Wallace Bay yang juga sebahagian
daripada lawatan beliau.
Ahad lalu, Ahmad Zahid dijadualkan melawat beberapa balai polis di pedalaman Sabah, berhampiran sempadan Indonesia.
Media Indonesia, Kompas melaporkan,
helikopter Sabah Air yang membawa Ahmad Zahid dan rombongannya,
menghadapi masalah mendarat dan situasi itu disedari Tentera Nasional
Indonesia yang sedia memberi bantuan, sekiranya diperlukan.
“Saya berharap kedua-dua media tempatan dan antarabangsa tidak memanipulasi situasi sebenar,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, KDN juga telah
menghantar laporan kepada Kedutaan Indonesia dan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak berhubung insiden itu dalam minggu ini.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/02/langkau-sempadan-indonesia-zahid-hantar-laporan-penuh-ke-wisma-putra/#ixzz3egeV2KaI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan