LEBIH 8 juta warga asing berada di Malaysia dan tidak
mustahil jumlah tersebut bakal meningkat pada masa hadapan, kata Ahli
Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
Beliau turut membidas kerajaan Persekutuan yang disifatkannya sebagai
tidak peka dengan isu berkenaan dan membiarkan lambakan warga asing di
pelbagai sektor.
“Jika benar penguatkuasaan mereka mantap, mengapa kemasukan warga asing secara haram semakin berleluasa dan tiada pemantauan.
“Sebagai contoh di Telok Panglima Garang, banyak kilang-kilang
pembuatan dimonopoli warga asing dan apakah mereka ini datang ke sini
secara sah atau sebaliknya,” katanya.
Katanya, menerusi pemerhatian, isu kebanjiran warga asing berlaku
kerana kurangnya pemantauan dan terdapat ramai warga asing di negara ini
tiada pengenalan diri yang sah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan