DALIA ISMAIL
Bagi menjamin integriti
pasukan khas penyiasatan serta nama baik negara, Mahfuz mendesak Khalid
dikeluarkan daripada pasukan khas penyiasat dan dilucutkan jawatan
sebagai Ketua Polis Negara.
KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyesali kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dianggap PAS tidak membantu memulihkan imej negara sebaliknya mempunyai unsur sabotaj ekonomi negara.
“Amat dikesali apabila seorang Ketua
Polis Negara menyatakan PDRM akan menyiasat, siapa dan bagaimana
kebocoran maklumat beserta dokumen yang diperoleh oleh Wall Street
Journal (WSJ), sedangkan kenyataan itu tidak membantu memulihkan imej
negara.
“Sebaliknya kenyataan itu menambahkan
lagi rasa tidak percaya masyarakat antarabangsa kepada negara apabilan
PDRM yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan negara dilihat cuba
untuk melindungi jenayah yang dilakukan oleh pembesar negara, malah
mempunyai unsur sabotaj ekonomi negara,” ujarnya dalam satu kenyataan
hari ini.
Justeru bagi menjamin integriti pasukan
khas penyiasatan serta nama baik negara, beliau mendesak Khalid
dikeluarkan daripada pasukan khas penyiasat dan dilucutkan jawatan
sebagai Ketua Polis Negara.
Pasukan Petugas Khas itu diketuai oleh
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri
Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua
Pesuruhjaya, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu
Kassim Mohamed.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar berkata, polis menyiasat akhbar perniagaan WSJ mengikut
Akta Jenayah Komputer berhubung kebocoran dokumen berhubung dakwaan WSJ
bahawa terdapat dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam
akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tiga syarikat yang diserbu itu ialah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Pasukan Petugas Khas berkenaan mengumumkan enam akaun bank telah diarah dibekukan.
1 ulasan:
Halo, nama saya Nofia, pagi korban penipuan dari tangan kreditur penipuan, saya menghabiskan lebih dari 56 juta di tangan pemberi pinjaman palsu, karena saya butuh modal besar dari 350 juta, saya hampir mati, tidak ada tempat untuk pergi, saya bisnis hancur dalam proses saya kehilangan anak saya. . Aku tidak tahan lagi .. semua ini terjadi November 2014 untuk Juni 2015, tidak semua sampai saya bertemu dengan seorang teman yang memperkenalkan saya ke ibu yang baik Nyonya Diana yang akhirnya membantu saya mengamankan pinjaman di perusahaannya, ibu yang baik, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Tuhan terus memberkati Anda, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberitahu Anda, bahwa mereka banyak scammers luar sana, jika Anda membutuhkan pinjaman dan pinjaman yang dijamin cepat mendaftar hanya melalui ibu Diana, melalui email. dianarobertloanfirm@accountant.com dan dianarobertloanfirm@gmail.com, Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; nofiayani@gmail.com com untuk mendapatkan informasi tahu. silahkan dia satu-satunya tempat yang handal dan terpercaya. Tidak ada pajak. untuk membayar .. Terima kasih
Catat Ulasan