BERITA SEMASA
GST Malaysia 6% : 9 Daripada 10 Rakyat Malaysia Bergelut dan bekerja Keras Dengan Lonjakan Kos Sa ra Hidup Hari Ini!
Jikalau disemak mellaui laporan berita
TV3, TV1 dan akhbar arus perdana termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian
semuanya yang indah-indah belaka sahaja. Kerajaan berjaya mengaut dan
memenuhkan kantung mereka sejumlah berbilion-bilion ringgit daripada
rakyat Malaysia, GST antara terbaik di dunia, GST mampu turunkan harga
barang.
Walaubagaimanapun hakikat yang
ditunjukkan baru-baru melalui kajian yang dilakukan oleh Jobstreet
mendedahkan rakyat Malaysia sedang bergelut dengan pelaksanaan GST
Malaysia.
BACA SINI : 20% Majikan Malaysia (Peruncitan, Hospitaliti, Pembuatan) Cadang Buang Pekerja Gara-gara GST?
Kesan GST Malaysia 6% : Senarai Hasil Kajian Jobstreet?
- 9 daripada 10 orang rakyat Malaysia sedang bergelut dan bekerja keras untuk berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup dek kerana GST
- 90% daripada 1,454 pekerja yang merupakan responden Jobstreet tidak mampu menampung perbelanjaan harian sejak GST Malaysia dilaksanakan
- 47% mula bawa bekal, menggunakan pantri dengan lebih kerap, dan berkongsi kereta bagi menampung perbelanjaan mereka
- 56% bergerak makan tengahari bersama-sama rakan-rakan mereka
- 40% memerlukan kenaikan gaji naik sejumlah antara 10% hingga 20%
- 36% pula perlu menerima kenaikan gaji naik antara 20% hingga 50% untuk berhadapan dengan kesan cukai GST Malaysia
- 63% mendesak untuk menerima elaun petrol
Persoalannya sekarang ini apa tindakan
kerajaan Malaysia untuk terus membantu golongan dan kumpulan yang sering
tertindas dek kerana pelaksanaan GST?
P/S : Rakyat Malaysia masih lagi boleh
menerima jikalau GST dilaksanakan untuk permulaan 2-3% sahaja dan cukai
pendapatan diturunkan. Tetapi jikalau cukai GST diambil 6% dan dan cukai
pendapatan hanya diturunkan sedikti sahaja, relevan lagi slogan rakyat
didahulukan pencapaian diutamakan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan