KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Portal kontroversi, Sarawak Report mendedahkan bagaimana ahli perniagaan Jho Low mengatur pertemuan antara PetroSaudi dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi Datuk Seri Najib Razak, pada 2009.
Pendedahan pada semalam itu menyaksikan pertemuan yang dilakukan di atas sebuah kapal mewah – Tatoosh – yang biasanya disewa dengan kadar setengah juta dolar seminggu itu dikatakan berlangsung pada Ogos 2009, bagi menjalin hubungan 1MDB dan PetroSaudi.
Tatoosh merupakan kapal layar ke-26 terbesar di dunia dan dikatakan juga kapal layar yang sama digunakan Jho Low untuk menghiburkan bintang hiburan Paris Hilton dalam tahun 2010.
Dengan tajuk ‘Oh No Jho Low! – SCOOP PHOTO TELLS ALL’, Sarawak Report menyiarkan beberapa keping gambar eksklusif pertemuan itu yang dikatakan dihantar oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Wan Ahmad Shihab Ismail kepada Pengarah PetroSaudi, Tarek Obaid dan Jho Low, sebagai kenang-kenangan.
Dari
kiri, Jho Low; pemilik PetroSaudi, Putera Turki, Najib, Rosmah, Nor
Ashman, Tarek Obaid dan Nooryana Najwa di atas kapal mewah Tatoosh di
perairan selatan Perancis.
Jho Low sebelum ini mengakui Rosmah merupakan kawan baik beliau.
Jutawan itu juga berulangkali menafikan beliau mempunyai peranan dalam 1MDB.
Najib juga turut menafikan mengenali Jho Low.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan